Menu

Friday, February 3, 2012

Penerapan Input Psikososial Dan Kesejahteraan Mental

Kemahiran Membuat Keputusan

Objektifnya:
Anda dapat membuat keputusan yang bijak.

Definisi membuat keputusan bermaksud ialah satu proses mental yang memerlukan sesorang  berfikir secara kritis dan kreatif untuk membuat pilihan yang paling terbaik daripada beberapa alternatif (pilihan) setelah dipertimbangkan dengan begitu teliti sekali.


Tujuan  Mengetahui Teknik Membuat Keputusan
  • Menyedari bahawa terdapat pelbagai cara untuk membuat keputusan.
  • Membuat keputusan yang terbaik.
  • Mengelakkan diri daripada membuat keputusan yang salah.
Strategi Membuat Keputusan. 
i. Mencadangkan.
     -Menentukan rakan yang hendak dipilih.
ii. Menganalisis.
     -Menentukan personaliti dan tingkahlaku rakan yang   
       dipilih.
iii. Menilai setiap pilihan.
     -Menilai kebaikan dan keburukan setiap pilihan.
iv. Meramalkan Kesan & Akibat Daripada Setiap Pilihan.
    -Tingkahlaku baru yang positif/baik.
v.  Membuat pilihan yang terbaik.


   "Mempelajari Bagaimana Untuk Berfikir Adalah Arah Mempelajari Untuk Hidup" 
Ernest Holmes